Categories
SUKANKINI

Skuad cilik Akademi Mokhtar Dahari diintai kelab La Liga

OLEH HAZIQ ISMAIL

SHAH ALAM, 17 MEI: Beberapa kelab La Liga mengintai pemain skuad Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bawah 13 tahun (B-13) yang cemerlang dalam dua kejohanan di Perancis, bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Safirul Azli Abu Bakar berkata, selain diintai beberapa pemain skuad B-13 sudah mendapat tawaran.

“AMD B-13 menunjukkan impak sangat tinggi selepas mereka berjaya merangkul tempat ketiga dan keempat bagi dua kejohanan yang rata-ratanya disertai Akademi Kelab Ligue 1 seperti Paris Saint-German (PSG), FC Metz dan FC Nantes.

“Pada masa sama, lima pemain diintai kelab gergasi Eropah seperti Manchester City, Manchester United dan PSG untuk mendapatkan pemain yang mereka minati.

“Bagaimanapun, kami masih dalam perbincangan memutuskan kelab terbaik bagi destinasi pemain terpilih tersebut,” katanya memetik laporan Kosmo.

Terdahulu, NFDP merupakan salah satu program jangka panjang dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa satu bermula dari 2014 hingga 2020, manakala fasa ke dua akan bermula pada 2021 hingga 2030.

Lebih 25,000 pelatih berusia tujuh hingga 17 tahun menjalani latihan di pusat NFDP seluruh negara dan lebih 1,000 jurulatih termasuk pelatih elit menjadi tulang belakang kepada kejayaan program tersebut

Categories
SUKANKINI

La Liga: ‘Madrid Derby’ paksa dua pasukan berkongsi mata

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 9 APR: Real Madrid dan Atletico Madrid terpaksa berkongsi satu mata selepas kedua paskukan terikat 1-1 dalam ‘Madrid Derby’ pada aksi La Liga, semalam.

Tanpa jaringan pada babak pertama, Cristiano Ronaldo akhirnya meledak gol pertama, pada minit ke-53 menerusi rembatan kencang selepas menerima hantaran lintang Gareth Bale.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Anotine Griezmann menyamakan kedudukan 1-1 buat Atletico empat minit kemudian apabila tenang menolak bola ke gawang Real yang dikawal Keylor Navas.

Real terus mengasak bagi mencari gol kemenangan, bagaimanapun dikecewakan dengan ketangkasan Jan Oblak di gawang Atletico termasuk sepakan percuma ketua pasukan, Sergio Ramos yang berjaya ditepis keluar, pada minit ke-87.

Keputusan seri itu menyaksikan Atletico kekal di tangga kedua dengan 68 mata, sementara Real turun ke tangga keempat dengan 64 mata selepas dipintas Valencia yang mengumpul 65 mata.

Kredit Foto: La Liga

Categories
SUKANKINI

La Liga: Gol ke-300 Ronaldo bantu kemenangn 3-1 Real Madrid

OLEH AFIX REDZUAN

MADRID, 4 MAC: Real Madrid mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga La Liga Sepanyol apabila mencatatkan kemenangan mudah 3-1 ke atas Getafe awal pagi tadi.

Cristiano Ronaldo menyumbang dua gol pada setiap babak bagi gol ke-300 dalam kancah La Liga dan satu lagi gol daripada Gareth Bale yang membuka tirai jaringan seawal minit ke-24.

Manakala gol tunggal Getafe disumbangkan Francisco Portillio menerusi sepakan penalti pada minit ke-65.

Lebih malang, Getafe terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Loic Remy diperintah keluar pada ketika babak kedua bermula seawal dua minit kerana mengutip dua kad kuning.

Anak buah Zinedine Zidane mengumpul 54 mata selepas 27 perlawanan, empat mata dihadapan pasukan keempat Valencia.

 

Kredit Foto: AFP

Categories
GLOBAL SUKANKINI

Greizmann ledak 4 gol bantu Atletico kejar Barcelona

OLEH AFIX REDZUAN

MADRID, 1 MAC: Antoine Griezmann meledak dua gol di setiap babak bagi memastikan Atletico Madrid menang selesa, 4-0 ke atas Leganes dalam aksi La Liga Sepanyol awal pagi tadi.

Penyerang Perancis itu menjaringkan dua gol, pada minit ke-26 dan 35 babak pertama disusuli dua gol lagi, pada minit ke-56 dan 67.

Kemenangan itu penting bagi mengejar pendahulu, Barcelona yang kini hanya dipisahkan empat mata selepas beraksi 26 perlawanan.

Atletico yang kini mengutip 61 mata di tangga kedua turut melebarkan jurang kepada 10 mata dihadapan Real Madrid di tangga ketiga.

Foto Kredit: Reuters

Categories
GLOBAL SUKANKINI

Gerrard Moreno bikin Real Madrid merana

OLEH AFIX REDZUAN

ESPANYOL, 28 FEB: Jaringan lewat permainan Gerrard Moreno meranapkan impian Real Madrid untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata dalam aksi La Liga, pagi tadi.

Real Madrid turun tanpa kelibat Cristiano Ronaldo menguasai hampir 61 peratus permainan gagal memecah kekentalan pertahanan Espanyol.

Peluang terbaik Real Madrid hadir, pada minit keenam menerusi tandukan Gareth Bale tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol, Diego Lopez.

Keylor Navas juga dipaksa bekerja keras di gawang Real Madrid bagi mematikan beberapa percubaan tuan rumah.

Ketika perlawanan memasuki minit pertama masa tambahan babak kedua, Moreno muncul wira Espanyol selepas meledak kencang hantaran Sergio Garcia bagi memastikan tiga mata memihak tuan rumah.

Keputusan itu merencatkan harapan Real Madrid yang sekadar mengutip 51 mata selepas 26 perlawanan untuk mengejar Atletico Madrid di tempat kedua dengan perbezaan tujuh mata.

Foto Kredit: AFP

Categories
SUKANKINI

La Liga: Barca-Real Madrid menang selesa di laman sendiri

OLEH AFIX REDZUAN

MADRID, 25 FEB: Barcelona dan Real Madrid mencatatkan kemenangan besar menewaskan lawan masing-masing dalam siri La Liga awal pagi tadi.

Pendahulu liga, Barcelona membelasah Girona 6-1 dengan Luis Suarez mencatatkan hatrik di Nou Camp.

Suarez meledak hatrik pada minit kelima, 44 dan 76 sementara Lionel Messi menjaringkan dua gol diikuti Philippe Coutinho.

Gol tunggal Girona dijaringkan Cristian Portu pada minit ketiga.

Sementara Cristiano Ronaldo meledak dua gol bagi membantu Real Madrid menewaskan Alaves 4-0 di Santiago Bernabeu.

Ronaldo meletakkan Real Madrid di hadapan pada penghujung babak pertama diikuti gol Gareth Bale di awal babak kedua.

Pemain Portugal itu menambah jaringan peribadi pada minit ke-61 selepas menyempurnakan hantaran Lucas Vazquez.

Real Madrid memperoleh sepakan penalti di penghujung permainan dan Ronaldo memberikan peluang kepada Karim Benzema mencatatkan nama sebagai penjaring selepas menyempurnakannya bagi keputusan akhir 4-0.

Barcelona terus berada di puncak liga dengan 65 mata sementara Real Madrid ketiga dengan 51 mata selepas 25 perlawanan.

Kredit Foto: Reuters & Dailymail.co.uk

Categories
GLOBAL SUKANKINI

La Liga: Barca kukuh cengkaman

OLEH AFIX REDZUAN

SEPANYOL, 18 FEB: Barcelona terus melebarkan penguasaan di La Liga apabila mudah menewaskan Eibar 2-0, semalam.

Bertandang ke tempat lawan, Luis Suarez meletakkan Barcelona di depan seawal minit ke-16 apabila menyudahkan peluang terhidang hasil lorongan Lionel Messi.

Eibar yang menguasai hampir 51 peratus perlawanan gagal memecah kebuntuan, sebaliknya terpaksa beraksi 10 pemain, pada minit ke-66 apabila Fabian Orellana diperintah keluar selepas mengutip kad kuning kedua.

Sebaliknya, Barcelona menambah jaringan pada penghujung permainan menerusi Jordi Alba selepas berjaya menolak bola yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Marko Dmitrovic.

Barcelona di tangga teratas dengan 62 mata, 10 mata di hadapan Atletico Madrid di tangga kedua selepas 24 perlawanan.

Categories
GLOBAL SUKANKINI

Jaringan Pique selamatkan Barcelona

OLEH AFIX REDZUAN

MADRID, 5 FEB: Pendahulu La Liga, Barcelona terpaksa bekerja keras sebelum berjaya mengutip satu mata berdepan musuh setempat, Espanyol.

Tanpa kelibat Lionel Messi pada babak pertama, Barcelona diihat bergelut memecah benteng tuan rumah walaupun membariskan Luis Suarez, Philippe Coutinho dan Francisco Alcacer di jentera serangan.

Peluang terbaik Barcelona hadir menerusi percubaan Coutinho yang hanya singgah ke palang, pada minit ke-22.

Espanyol turut melancarkan serangan tetapi percubaan mereka berjaya dikawal penjaga gol,Marc-Andre ter Stegen.

Masuk babak kedua, Messi dimasukkan bagi menggantikan Alcacer, pada minit ke-57.

Ketika Barcelona ghairah mengatur serangan, Espanyol mencipta kejutan dengan membolosi gawang mereka menerusi tandukan Gerard Moreno walaupun cuba dihalang Gerard Pique.

Tetapi gol penyamaan yang dinantikan Barcelona akhirnya menjelma, pada minit ke-82 menerusi tandukan Pique, sekali gus menebus kesilapan awal beliau.

Keputusan 1-1 yang berakhir sehingga tamat perlawanan itu tidak menjejaskan kedudukan Barcelona selaku pendahulu La Liga dengan jarak sembilan mata dengan pasukan kedua, Atletico Madrid.

Categories
SUKANKINI

La Liga: Real Madrid lega tewaskan Valencia 1-4

OLEH AFIX REDZUAN

MADRID, 28 JAN: Real Madrid kembali mencatat kemenangan selepas menewaskan Valencia 1-4 semalam.

Kemenangan itu pastinya melegakan sedikit tekanan skuad bimbingan Zinedine Zidane yang berhadapan prestasi buruk musim ini ekoran kegagalan mengutip tiga mata penuh.

Cristiano Ronaldo memastikan Real mendahului selesa babak pertama dengan dua jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-16 dan 38.

Valencia cuba bangkit pada babak kedua menerusi serangan bertali arus akhirnya berjaya menewaskan Kaylor Navas di gawang Real menerusi tandukan Santi Mina.

Disaat pasukan tuan rumah ghairah mencari gol penyamaan, Real menghukum kealpaan benteng pertahanan pasukan lawan dengan dua jaringan di minit akhir permainan menerusi Marcelo dan Toni Kross.

Keputusan itu mengekalkan kedudukan Real Madrid di tangga keempat dengan 38 mata selepas 20 perlawanan.

Berikut keputusan perlawanan La Liga yang berlangsung awal pagi tadi:

Valencia 1 (Mina m58) Real Madrid 4 (Ronaldo m16-pen, m38-pen, Marcelo m84, Kroos m89)

Deportivo La Coruna 2 (Adrian Lopez m19, Andone m45) Levante 2 (Ivi Lopez m80, m84)

Malaga 0 Girona 0

Villarreal 4 (Víctor Ruiz m5, Fornals m17, Bacca m20, Castillejo Azuaga m34) Real Sociedad 2 (Llorente m24, Willian José m58)

Foto Kredit: Gilabola.com

 

Categories
SUKANKINI

FMLLP-La Liga meterai MoU bangun bola sepak

 

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 19 JAN: Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) dan La Liga memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam pembangunan aspek urustadbir dan teknikal pengurusan liga.

Dalam kenyataan, FMLLP memaklumkan majlis terbabit diadakan di Johor Bahru, hari ini dengan disempurnakan Pengerusinya, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Ketua Pembangunan Antarabangsa La Liga, Oscar Mayo Pardo.

“Perjanjian kerjasama ini berlangsung selama tiga tahun dengan menyaksikan La Liga dan FMLLP bekerjasama membangunkan blueprint 50 tahun untuk Liga Malaysia.

“Kedua-dua pihak juga menganjurkan seminar dan bengkel oleh pakar dengan memfokuskan kepada pengurusan sukan, pemasaran, pengurusan kewangan, keselamatan stadium, pembangunan sosial serta projek komuniti melalui tanggungjawab sosial korporat,” katanya.

Melalui perjanjian persefahaman itu juga, dinyatakan La Liga akan memudahcara kepada pemain di liga berkenaan bermain di Malaysia serta berusaha mengatur perlawanan di antara pasukan di La Liga dan di Malaysia semasa pra musim.

“Selain itu, kedua-dua pihak akan memastikan usaha terbaik untuk mencapai integrasi pemain Malaysia di Sepanyol dan sebaliknya,” katanya.

La Liga adalah liga bola sepak profesional di Sepanyol.