Categories
SELANGOR

Pertembungan 3 penjuru di Sabak Bernam

SABAK BERNAM 28 APR: Pertembungan tiga penjuru berlaku kerusi Parlimen Sabak Bernam dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Air Tawar dan Sabak.

Hingga tempoh penyerahan borang pencalonan tamat, penyandang kerusi Sabak Bernam, Datuk Mohd. Fasiah Mohd Fakeh akan ditentang calon Pakatan Harapan (PAKATAN), Datuk Warno Dogol dan calon PAS, Muhammad Labib Abdul Jalil.

Bagi kerusi Sungai Air Tawar pula, calon Barisan Nasional (BN) Rizam Ismail akan berhadapan calon Zamri Yahya (PAS) danĀ  Mohd. Hamizar Sulaiman mewakili PAKATAN.

Sementara bagi DUN Sabak, calon BN, Sallehuddin Mohd Iskan menyampaikan borang pencalonan bagi berhadapan dengan penyandangnya, Sallehen Mukhyi dari PAS dan calon PAKATAN, Mustain Othman.