OLEH NORHAYATI UMUR
SHAH ALAM, 26 APR: Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini.
Ia berikutan dolar AS yang terus mengukuh disumbang pengukuhan pulangan bon Perbendaharaan AS.
Pada 9 pagi, ringgit di sebut pada harga 3.9150/9200 berbanding 3.9100/9130 Rabu.
Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes berkata, mata wang tempatan juga semakin lemah berikutan aliran keluar dana dijangka berterusan disebabakan pulangan bon AS lebih tinggi itu.
Sementera itu, Bursa Malaysia mencatat lantunan untuk dibuka lebih tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik, kata peniaga.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) didagangkan pada 1,858.41, naik 6.48 mata daripada 1,851.93 penutup Rabu.
Indeks penanda aras itu dibuka 4.26 mata lebih tinggi pada 1,856.19.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 125 berbanding 51, manakala 96 tidak berubah, 1,642 tidak didagangkan dan 88 yang lain digantung.
Sejumlah 111.02 juta saham bertukar tangan bernilai RM32.23 juta