Categories
ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Cuaca dijangka baik 9 Mei

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 8 MEI: Berbaki sehari lagi, rakyat Malaysia akan keluar menjalankan tanggunjawab masing-masing untuk membuang undi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan cuaca cerah di kebanyakan negeri.

Menerusi laman webnya, MET Malaysia bagaimanapun menjangkakan ribut petir, hujan sekejap-sekejap dan mendung pada sebelah petang, antaranya di Pulau Pinang dan beberapa tempat di Johor.

Antara lokasi terbabit termasuk Segamat, Labis, Ledang, Kluang, Pagoh, Bakri, Simpang Renggam dan Sembrong.

Mereka yang berada di lokasi berkenaan dinasihatkan supaya keluar awal untuk membuang undi.

Bagi warga Kuala Lumpur, Labuan dan Melaka, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang, kecuali di dua tempat yang dijangka akan mengalami ribut petir.

=EZY=