Categories
SELANGOR

Gerakan Mahasiswa mahu UNISEL jadi hub pendidikan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 13 MEI: Gerakan Mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) mahu institusi pendidikan tersebut diangkat sebagai hub pendidikan negeri.

Koordinatornya, Mashitah Sulaiman berkata, ia sekali gus menjadikan UNISEL sebagai ‘role model’ kepada negeri yang mempunyai institusi pendidikan di bawah seliaan masing-masing.

“UNISEL adalah institusi yang berjaya mengamalkan kebebasan akademik dan demokrasi, malah kebanyakan modul pendidikan di sini tidak terdapat di tempat lain.

“Kami berharap dengan perubahan Malaysia baru di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN), UNISEL akan lebih cemerlang sekali gus menjadi contoh,” katanya kepada SelangorKini.

Mashitah berkata, perlantikan semula Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor sudah pasti mengembirakan sebahagian besar kumpulan mahasiswa di sini.

Katanya, pencapaian beliau sebelum ini sangat memberansangkan termasuk aspek pembangunan mahasiswa.

“Kemudahan bas percuma serta peruntukan UNISEL dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) sebanyak RM44 juta memberi impak kepada pendidikan Selangor.

“Lebih membanggakan apabila mahasiswa melihat pengurusan kewangan diselia baik dengan pelbagai insentif diberi kepada rakyat,” katanya.