Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka 3.9900/9930 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 30 MEI: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini disebabkan kekurangan permintaan terhadap mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, ringgit disebut ada harga 3.9900/9930 berbanding 3.9800/9850 penutup Isnin.

Pasaran ditutup Selasa kerana cuti Hari Wesak.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata pergolakan politik Itali kekal tumpuan utama dan menyebabkan aset berisiko bergetar yang kebiasaannya diterjemahkan kepada kejatuhan serantau.

Pasaran di Indonesia, Thailand, Malaysia dan Singapura kembali dibuka selepas cuti Hari Wesak, dan pasaran dijangka menyaksikan peningkatan, katanya.

Katanya, drama politik di Eropah menarik turun harga minyak apabila pasaran dibuka, ketika mana ramai mempertikaikan jalan cerita pertumbuhan global.

“Ringgit akan terus di zon tiada perdagangan bagi pelabur asing berikutan kurangnya minat bagi bon dan saham Malaysia sebelum krisis politik di Itali dan faktor lain,” katanya.

Dolar AS dijangka mengukuh Jumaat ini apabila Rizab Persekutuan mengambil satu lagi langkah menormalisasikan kunci kira-kira, katanya.

Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali yen.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.2856/2899 daripada 5.3037/3116 dan mengukuh berbanding euro pada 4.6021/6063 daripada 4.6435/6505 Isnin.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9648/9677 berbanding 2.9690/9739 tetapi susut berbanding yen kepada 3.6781/6819 daripada 3.6370/6419.

SUMBER: BERNAMA