Categories
NASIONAL

Yakin Azmin berdiri teguh belakang Anwar

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali diyakini akan terus berdiri teguh di belakang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pegawai khasnya, Mohd Hilman Idham berkata, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN akan menyokong penuh keputusan Anwar bertanding di kerusi Presiden, pada pemilihan parti itu nanti.

“Jika Anwar bertanding kerusi Presiden, sudah tentu Azmin akan sentiasa berdiri di belakang Anwar untuk beri sokongan,” katanya kepada media di lobi Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Gombak Setia itu bagaimanapun berkata, anggota peringkat akar umbi turut mempunyai hak memberikan pandangan atau cadangan masing-masing.

Katanya, ia adalah proses biasa yang mendukung amalan demokrasi dalam KEADILAN.