Categories
GLOBAL

China mahu kekal hubungan diplomatik dengan Malaysia

SHAH ALAM, 1 JAN: China menyatakan kesediaannya berganding bahu bersama rakyat dan kerajaan Malaysia dalam usaha mengekalkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu.

Melalui kenyataan, Duta Besarnya, Bai Tian berkata, tahun ini turut memaknakan ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.

Katanya, China juga percaya Malaysia di bawah kepimpinan baru akan terus bergerak ke arah kemakmuran dan kestabilan negara.

“China sedia bergandingan bersama kerajaan dan rakyat Malaysia. Bagi China dan Malaysia, tahun 2019 terbentang buat kami, penuh dengan kemungkinan dan aspirasi.

“Pada 2018, Malaysia menyaksikan pilihan raya umum bersejarah dan pertukaran kerajaan yang aman,” katanya dalam ucapan tahun baru, lapor Malaysiakini.