Categories
GLOBAL SUKANKINI

EPL: United gah, Solskjaer terus cemerlang

LONDON, 20 JAN: Manchester United menewaskan Brighton 2-1 dalam Liga Perdana Inggeris dengan pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer meneruskan rentak kecemerlangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut sejak menggantikan Jose Mourinho pada Disember tahun lalu.

Beraksi di Old Trafford, United mendahului lawan dengan gol pertama Paul Pogba pada minit ke 27 hasil sepakan penalti dan Marcus Tashford mengukuhkan kedudukan tiga minit sebelum babak pertama berakhir.

Pasukan pelawat sekadar berpuas hati dengan satu gol dijaringkan Pascal Gross (m72) namun tidak mengoyah United sehingga ke wisel penamat.

Walaupun kekal di tempat keenam liga, United kini mengumpul 44 mata dari 23 perlawanan dan terus mencerahkan peluang mengintai kedudukan empat teratas seterusnya layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Solskjaer berkata, kemenangan keenam dalam liga itu begitu penting untuk pasukan dibimbingnya itu.

“Saya gembira dengan kemenangan ini dan ia salah satu perkara akan diingati sepanjang hayat saya,” katanya.

SUMBER: AFP