Categories
SELANGOR

Sultan Selangor solat Jumaat di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 10 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menunaikan solat Jumaat bersama rakyat, di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, di sini hari ini.

Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Keberangkatan tiba baginda disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan pemimpin negeri lain.

Solat Jumaat itu dipimpin Imam 1 Masjid Tengku Kelana Jaya Petra Petra, Shaedin Wahab.

Selesai solat Jumaat, baginda turut berkenan meluangkan masa bersalaman dengan rakyat.