Categories
NASIONAL

Tun M: Satu sekolah untuk semua kaum sukar dilaksana

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 9 MEI: Pelaksanaan satu sekolah yang menempatkan semua kaum sukar dilaksanakan ekoran perasaan perkauman yang masih menebal di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, realitinya sukar bagi rakyat Malaysia menggambarkan diri mereka sebagai ‘Malaysian’.

“Ini adalah realiti yang kita hadapi hari ini, kerajaan cuba untuk mengurangkan penumpuan terhadap satu kaum tetapi ia mendapat tentangan hebat termasuk sekolah.

“Apabila kita hendak adakan satu jenis sekolah sahaja, ia tetap ditolak. Sepatutnya isu sebegini perlu diambil kira, jika tidak selamanya kita akan kalah dan ia akan melemahkan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Sesi Bicara Khas Malaysia Dinamik dan Bersih bersama Tun Dr  sempena setahun pemerintahan Pakatan Harapan memimpin Malaysia di TV1, malam tadi.