Categories
SELANGOR

LZS bantu mangsa ribut

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 28 JUN : Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan zakat kepada mangsa ribut di Jeram dekat sini, semalam.

LZS menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, kejadian ribut itu berlaku pada 26 Jun lalu menyebabkan sembilan rumah di kawasan terbabit mengalami kerosakan.

“Semua rumah yang terbabit mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan terdapat dua rumah ditimpa pokok tumbang.

“Bagaimanapun, semua penghuni rumah tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Oleh itu, LZS berbesar hati menyerahkan sumbangan berbentuk wang tunai kepada mangsa berkenaan.

“Semoga bantuan disalurkan dapat meringankan kesusahan yang sedang mereka alami pada masa kini,” katanya.