Categories
SELANGOR

Proses pemulihan bekalan air capai 82 peratus setakat 6 petang tadi

SHAH ALAM, 4 JUN: Bekalan air di kebanyakkan kawasan Klang yang terjejas ekoran insiden paip utama pecah di Setia Alam telah pulih dengan peratusan pemulihan mencapai 82 peratus, setakat jam 6 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, bekalan ke premis yang berada di kawasan penghujung sistem agihan masih belum stabil dan mengalami gangguan tekanan rendah.

“Pihak kami sedang berusaha meningkatkan tekanan dan menstabilkan aliran di sistem agihan dan menyasarkan proses pemulihan sepenuhnya pada tengah malam ini.

“Pihak kami masih terus menggerakkan dan menyalurkan bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air ke kawasan yang belum pulih sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Abdul Raof berkata Air Selangor turut menghargai kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan bekalan.

Pelanggan boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300 untuk bantuan atau layari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store untuk maklumat dan status terkini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, beberapa kawasan di daerah Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip utama di Setia Alam.

Antara kawasan terbabit adalah Ambang Botanik, Armada Putera, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Klang (Batu 1 – 3 Jalan Meru), Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Glenmarie Cove, Glenn Cruise, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Jalan Dato Hamzah, Jalan Istana dan Jalan Kapar Batu 1 – 5.

Turut terjejas, Jalan Kem, Jalan Klang Banting, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Pelabuhan Utara, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen & Solok Besar, Jalan Tengku Badar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana.

Selain itu, Jalan Limbungan, Jalan Syahbandar, Johan Setia, Kampung Kastam, Kampung Pulau Indah, Kampung Raja Uda, Kampung Teluk Gong, Kampung Pendamar, Keseluruhan Berkeley/Eng Ann, Keseluruhan Jalan Raja Nong, Keseluruhan Taman Sri Andalas.

Kampung Keretapi, Kota Pendamar, Laguna Park, Lorong Tingkat & Rembau, Pandamaran, Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Utara, Perindustrian Pulau Indah Fasa 1, Perindustrian Pulau Indah Fasa 2, Persiaran Raja Muda Musa, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2 dan Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3 Selain itu, PKFZ, Pulau Ketam, Seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas, Seluruh kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Industri Park, Seluruh Kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Seluruh Perepat, Seluruh Sementa, Seluruh Sungai Putus, Sepanjang Jalan Goh Hock Huat, Sungai Sireh dan Taman Bayu Mas.

Taman Bayu Perdana, Taman Bayu Tinggi, Taman Berembang, Taman Bijaya Kampung Jawa, Taman Chi Liung, Taman Desawan, Taman Gembira, Taman Klang Jaya, Taman Palm Groove, Taman Pendamar Indah, Taman Petaling Indah, Taman Radzi Teluk Gadong Besar, Taman Samudera, Taman Selatan, Taman Sentosa, Taman Suria Pendamar, Teluk Gadong Kecil, Teluk Gedong Indah, Westport dan Wisma Polis Marin Pulau Indah turut terjejas.