Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM29.46 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.57 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat juga akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional terdiri RM2 bilion masing-masing bagi selama tujuh hari dan 14 hari serta RM1 bilion bagi 21 hari.

BNM juga akan menawarkan lelongan kematangan pelbagai Islam RM6.10 bilion bagi empat hari hingga 32 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM24.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM13.3 bilion.

– BERNAMA