Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB: RM3.9 bilion pelaburan China di Selangor tahun lalu

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Sejumlah RM3.9 bilion pelaburan China di Selangor tahun lalu sekali gus menjadikan negara itu rakan kongsi paling berjaya di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hubungan antara Selangor dan China boleh dibawa ke tahap yang lebih tinggi dan menarik keyakinan pelabur untuk masuk ke negeri ini.

Katanya, selain Selangor China juga adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia dengan pelaburan RM19.7 bilion pada tahun lalu, merangkumi lebih 40 projek pembuatan.

“Menerusi pelancaran terbaru Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Malaysia turut menggariskan kepercayaannya iaitu pertumbuhan ekonomi perlu dikongsi bersama.

“Malah, kita harus menyesuaikan diri dengan keperluan masa kini serta masa depan untuk memastikan kesejahteraan rakyat supaya mereka mempunyai kualiti kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Usahawan Ke-9 Malaysia-China (MCEC 2019) Dan Persidangan Usahawan Muda Pertama Malaysia-China (MCYEC 2019) di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Amirudin berkata, menerusi lawatannya ke Shenzen baru-baru ini beliau terpesona dengan destinasi terbesar di dunia itu dalam penghasilan industri berteknologi tinggi, kewangan dan logistik selain menjadi lokasi panas bagi pembeli.

Katanya, beliau percaya Selangor mampu menjadi negeri seumpama itu seterusnya di Asia Tenggara melalui perdagangan, dan MCEC tahun ini akan pergi jauh bagi memulakan proses ini.

“Melalui Persidangan ini, saya berharap
perdagangan jangka panjang untuk memulakan inovasi digital, penyelidikan dan pembangunan ke dalam teknologi dan data, serta mempromosikan konsep Bandar Pintar.

“Saya yakin bahawa persidangan ini akan menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi dan inovasi dalam kalangan pelabur untuk menghubungkan antara satu sama lain,” katanya.