Categories
EXCO SELANGOR

DNS lulus usul masalah kekurangan balai bomba

SHAH ALAM, 13 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan pelan perancangan penyelesaian terhadap masalah kekurangan balai bomba dan infrastruktur lain di negeri ini.

Usul yang dibawa Azmizam Zaman Huri (PAKATAN-Pelabuhan Klang) di bawah Peraturan Tetap 26(1) itu pada asalnya hanya menyentuh isu kemudahan di kawasannya bagi tujuan kecemasan.

Bagaimanapun, usul terbabit dipinda EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim serta disokong Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Chang Khim yang bangun untuk menjawab bagi pihak kerajaan mencadangkan supaya usul itu dipinda dan diluluskan DNS bagi memastikan semua kawasan memperoleh manfaat sama seperti dicadangkan Azmizam.

Antara Ahli Dewan Negeri yang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu adalah Leong Tuck Chee (PAKATAN-Pandamaran), Mohd Zawawi Ahmad Mughni (PAKATAN-Sungai Kandis), Jamaliah Jamaluddin (PAKATAN-Bandar Utama) serta Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang).