Categories
AGENSI SELANGOR

LUAS siasat punca pencemaran LRA Sungai Semenyih

SHAH ALAM, 21 DIS: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih.

LUAS dalam kenyataan memaklumkan, LRA Sungai Semenyih telah dihentikan  tugas pada jam 7.45 pagi ini.

“Adalah dimaklumkan LRA Sungai Semenyih telah dihenti tugas ekoran berlaku pencemaran bau yang disyaki seakan bau kumbahan.

“LUAS dan  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan pihak-pihak terbabit sedang menjalankan siasatan mengenal pasti punca dan menangani pencemaran berkenaan.

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.