Categories
AGENDA NASIONAL

CEO kumpulan letak jawatan mengejut jejas saham MAHB

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Bursa Malaysia merosot 22 sen pada rehat tengah hari susulan peletakan jawatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin secara mengejut semalam.

Operator lapangan terbang itu dalam kenyataan menyebut Ketua Pegawai Operasi, Mohd Shukrie Mohd Salleh akan mengisi jawatan itu sebagai Pemangku CEO Kumpulan.

Seorang penganalisis berkata peletakan jawatan mengejut Raja Azmi, yang dilantik ke jawatan itu pada 4 Januari tahun lepas, akan mewujudkan ketidaktentuan dalam operasi MAHB dalam tempoh terdekat.

Pada akhir dagangan pagi, saham MAHB merosot 2.91 peratus kepada RM7.34, dengan 2.38 juta saham bertukar tangan.

– BERNAMA