Categories
EXCO SELANGOR

Jom meriahkan Karnival 3W di Klang Sabtu ini

SHAH ALAM, 25 FEB: Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival 3W (Kesihatan, Kebajikan, Wanita) di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang pada Sabtu ini, kata EXCO kesihatan, kebajikan, pemberdayaan wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah berkata karnival dengan tema Hari Barah Sedunia akan dimulakan dari jam 6.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Pada karnival itu, orang ramai boleh membuat pemeriksaan barah paru-paru, serviks, payudara dan kolorektal secara percuma,” katanya ketika dihubungi SelangorKini hari

Katanya, pelbagai aktiviti menarik lain turut disediakan antaranya pertandingan hias sandwic, bola jaring, ‘beyblade’, persembahan artis dan gerai pameran.

Karnival 3W yang masuk tahun kedua merupakan penambahbaikan daripada Karnival Sihat Selangor yang akan menjelajah ke seluruh pihak berkuasa tempatan pada setiap bulan dengan tema berbeza.