Categories
EXCO SELANGOR

Prestasi ahli majlis PBT dipantau

SHAH ALAM, 25 FEB: Prestasi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dipantau bagi memastikan dasar dan strategi pembangunan berjalan lancar, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata pihaknya tidak mahu produktiviti dan keupayaan PBT terjejas disebabkan segelintir ahli majlis gagal menunjukkan prestasi kerja memuaskan.

“Selain itu ahli majlis perlu melalui proses penilaian sebelum mereka dilantik semula ke jawatan tersebut selepas tempoh perkhidmatan selama dua tahun enam bulan berakhir.

“Dalam borang penilaian akan dimasukkan ulasan Ahli Undangan Negeri (ADN) sama ada berpuas hati atau sebaliknya prestasi ahli majlis di kawasan masing-masing,” katanya.

Pada sesi pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Khamis lalu, Sze Han berkata Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan segelintir ahli majlis tidak tahu skop kerja.