Categories
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

Covid-19: Itali catat rekod kematian tertinggi dalam sehari

SHAH ALAM, 16 MAC: Itali merekodkan 368 kematian semalam, jumlah tertinggi dilaporkan dalam sehari susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.

Angka korban di negara itu kini mencecah 1,809 orang, lebih separuh daripada semua kes yang direkodkan di luar China, lapor AFP.

Vatican mengambil langkah drastik membatalkan sambutan minggu Eastrer bermula 5 April depan susulan krisis yang berlaku.

Sementara itu, Gabenor wilayah Lombardy Attilio Fontana menyifatkan situasi di sekitar ibu kota Itali “semakin buruk”.

“Kita semakin hampir ke satu keadaan untuk tidak lagi mampu merawat semua orang yang dijangkiti kerana kekurangan katil di unit rawatan rapi,” katanya.

Wilayah Lombardy mencatatkan 1,218 kematian secara rasmi ekoran Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu, lebih tinggi berbanding jumlah kematian yang digabungkan di seluruh Eropah.