Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Itali catat kematian hampir 5,000, tertinggi di dunia

SHAH ALAM, 22 MAC: Itali mencatatkan kematian tertinggi di dunia iaitu hampir 5,000 orang susulan penularan Covid-19, selepas 793 kematian lagi dilaporkan setakat semalam.

Kes jangkitan wabak di negara itu juga meningkat dari 47,021 kepada 53,578, dengan 2,857 pesakit berada di unit rawatan rapi berbanding 2,655 sebelum ini, lapor Reuters.

Susulan itu, Rom mengarahkan semua perniagaan ditutup serta-merta hingga 3 April depan dalam usaha membanteras pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada operasi penting untuk mengekalkan rantaian bekalan barangan keperluan di negara berkenaan.

Itali dijangka mengeluarkan satu dekri kecemasan hari ini, bagi menguatkuasakan tindakan keras baharu dengan segera.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

Covid-19: Itali catat rekod kematian tertinggi dalam sehari

SHAH ALAM, 16 MAC: Itali merekodkan 368 kematian semalam, jumlah tertinggi dilaporkan dalam sehari susulan penularan Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.

Angka korban di negara itu kini mencecah 1,809 orang, lebih separuh daripada semua kes yang direkodkan di luar China, lapor AFP.

Vatican mengambil langkah drastik membatalkan sambutan minggu Eastrer bermula 5 April depan susulan krisis yang berlaku.

Sementara itu, Gabenor wilayah Lombardy Attilio Fontana menyifatkan situasi di sekitar ibu kota Itali “semakin buruk”.

“Kita semakin hampir ke satu keadaan untuk tidak lagi mampu merawat semua orang yang dijangkiti kerana kekurangan katil di unit rawatan rapi,” katanya.

Wilayah Lombardy mencatatkan 1,218 kematian secara rasmi ekoran Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu, lebih tinggi berbanding jumlah kematian yang digabungkan di seluruh Eropah.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA GLOBAL

Covid-19: Itali laksana sekatan perjalanan, kuarantin

CODOGNO, ITALI 23 FEB: Kira-kira 50,000 penduduk di utara Itali bakal dikuarantin apabila negara itu mencatatkan dua kematian akibat Covid-19 bagi membendung penularan wabak itu.

Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte berkata penduduk di kawasan terjejas dihadkan pergerakan, manakala sekolah dan perniagaan ditutup, lapor AFP.

“Di zon dikenal pasti kawasan panas, penduduk tidak dibenarkan keluar atau masuk tanpa kebenaran khas,” katanya pada sidang media.

Conte berkata, tempoh kuarantin akan berkuat kuasa untuk beberapa minggu, mengambil kira tempoh jangkitan akibat virus terbabit.

“Kira-kira 50,000 penduduk terkesan dengan arahan kuarantin ini. Selain itu, pihak berkuasa Itali sudah mengarahkan tiga perlawanan Serie A ditunda.

“Saya meminta semua rakyat supaya tenang dalam kita berhadapan dengan situasi semasa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perlindungan Awam Itali, Angelo Borelli, berkata sebanyak 79 kes positif Covid-19 dicatatkan setakat ini termasuk dua daripadanya membabitkan kematian.

Itali menjadi negara pertama di Eropah mencatatkan kematian membabitkan rakyatnya akibat Covid-19 menyebabkan kerajaan mengambil pendekatan melaksanakan sekatan perjalanan di puluhan bandar.

Categories
GLOBAL

Hujan lebat dan angin kencang ranapkan 14 juta pokok di Itali

MILAN 4 NOV: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Itali telah meragut dua lagi nyawa, menjadikan angka kematian keseluruhan sekurang-kurangnya 17.

Ia turut memusnahkan kawasan hutan yang sangat luas.

Seorang pelancong Jerman meninggal dunia dipanah petir pulau Sardinia pada Jumaat, manakala seorang lagi mangsa yang turut dipanah petir beberapa hari lalu pula meninggal di hospital, kata Agensi Perlindungan Awam Itali pada Sabtu.

Kebanyakan mangsa yang maut dihempap pokok. Coldiretti, persatuan syarikat pertanian Itali, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa angin kencang telah memusnahkan kira-kira 14 juta pokok.

This handout picture taken and released on November 2, 2018, by the Vigili del Fuoco, the Italian fire and rescue service, shows a destroyed forest in the Dolomiti mountain range near Belluno, on November 1, 2018, after a storm hit the region. – The death toll from fierce storms battering Italy has risen to 11, civil protection authorities said on October 30, 218, as wild weather swept parts of Europe, leaving motorists and tourists stranded. (Photo by Handout / Vigili del Fuoco / AFP) / 

Kawasan dari timur laut ke Sicily di barat daya Itali telah terjejas oleh ribut dengan kerosakan teruk di kawasan utara Trentino dan Veneto – wilayah di sekitar Venice, di mana perhubungan ke kampung-kampung telah terputus oleh tanah runtuh.

Pokok pain dan fir tumbang seperti batang mancis di pergunalan Alp berhampiran Belluno, kira-kira 100 kilometer di utara Venice.

“Kami akan memerlukan sekurang-kurangnya satu abad untuk kembali ke keadaan biasa,” kata Coldiretti.

Destroyed yachts and boats lie in the harbour of Rapallo, near Genoa, on October 30, 2018, after a storm hit the region and destroyed a part of the dam the night before. – The fierce storms battering Italy caused nine dead in the night from October 29 to October 30, 2018. (Photo by MARCO BERTORELLO / AFP)

Banyak dataran dan laluan pejalan kaki di Venice tenggelam oleh paras banjir paling tinggi dalam tempoh sedekad ini di bandar terusan tersebut.

Gabenor Veneto, Luca Zaia, berkata nilai kerosakan disebabkan ribut di rantau itu berjumlah sekurang-kurangnya satu bilion euro (RM4.74 bilion).

SUMBER: REUTERS/ THE STAR

 

Categories
GLOBAL

Perdana Menteri Itali umum perintah darurat setahun

GENOA 16 OGOS: Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte mengisytiharkan darurat selama 12 bulan di sini, hari ini susulan insiden jejambat runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.

“Dalam satu mesyuarat kabinet yang diadakan, kami sudah bersetuju mengisytiharkan darurat selama 12 bulan dan menyediakan peruntukan bernilai lima juta euro (RM23.4juta) untuk tabung kecemasan kebangsaan,”kata Conte ketika sidang media di bandar pelabuhan barat selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira sejam.

Conte juga mengesahkan hasrat kerajaan untuk membatalkan kontrak dari firma sektor swasta Autostrade per l’Italia, yang bertanggungjawab mengendalikan dan menyelenggara jambatan dan lebuh raya bertol A10.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Itali, Danilo Toninelli dan Timbalan Perdana Menteri, Luigi Di Maio dan Matteo Salvini mengumumkan langkah itu hari ini.

Kementerian Pengangkutan itu mengesahkan kepada AFP bahawa kontrak A10 adalah satu-satunya lebuh raya sedang dilihat ketika ini.

“Tragedi ini tidak dapat diterima dalam masyarakat moden dan kerajaan akan melakukan segala-galanya untuk mencegah perkara ini daripada berlaku.

“Kami sudah mengumumkan bahawa kami akan memulakan proses membatalkan konsesi Autostrade,” kata Conte.

SUMBER: AFP

Categories
GLOBAL

PRU Itali 4 Mac jejas pemulihan Kesatuan Eropah

GLOBAL 30 DIS: Pilihan raya umum Itali pada bulan Mac ini dilihat penghalang terbesar usaha Kesatuan Eropah (EU) untuk pemulihan perpaduan dalam kalangan mereka selepas referendum Brexit pada tahun lalu dan juga ekonominya.

Sebelum ini, Presiden Itali, Sergio Mattarella bertindak membubarkan Parlimen Itali sekali gus membuka jalan kepada kempen politik yang akan datang.

Langkah presiden itu secara rasmi menamatkan badan perundangan lima tahun yang bermula pada bulan Mac 2013, selepas Gentiloni mengisytiharkan mandat politik kerajaannya telah dipenuhi.

Pilihan raya umum yang bakal diadakan pada 4 Mac itu menyaksikan sokongan rakyat semakin berkurangan terhadap parti memerintah iaitu Parti Demokratik (PD).

Parti berkenaan dipercayai bakal berdepan cabaran besar daripada pembangkang dari parti (M5S) dan juga sayap kanan Forza Italia yang berkempen mengenakan tindakan imigresen lebih keras terhadap pendatang asing terutamanya dari Sahara, Afrika.

Rata-rata rakyatnya juga gelisah dengan kehadiran pendatang yang terlalu banyak sehingga tidak dapat dikekang.

Para penganalisis turut berpendapat, pesaing utama PD, M5S dan Forza Italia akan memecah undi antara ketiga-tiga parti tersebut sehingga majoriti keseluruhan sukar dijangkakan.

M5S dikatakan mempunyai sokongan paling ramai sekitar 28 peratus, PD kira-kira 23 peratus dan Forza Italia pula sekitar 16 peratus.

 

Categories
NASIONAL

Gempa 6.2 magnitud gegar Itali: Bandar saya sudah ‘tidak wujud’

ITALI 24 OGOS: Bandar di tengah Itali yang digegarkan gempa bumi kuat pada skala 6.2 magnitud dikhuatiri menyebabkan kemusnahan teruk.

Setakat ini sekurang-kurang seramai 159 mangsa terkorban dan 368 cedera dengan angka mangsa dijangka terus meningkat ketika usaha mencari dan menyelamat giat dilaksanakan pihak berkaitan.

Datuk Bandar Amatrice di Perugia, Sergio Pirozzi membuat laporan di radio memohon bantuan kecemasan bagi operasi menyelamat bandar itu.

“Bandar saya sudah ‘tiada lagi’,” katanya.

“I’m trying to contact the services. The town doesn’t exist anymore. “There is no light, it’s all gone off. It’s all rubble, it’s a tragedy.”

Sistem PAGER United States Geological Survey (USGS) meramalkan kesan gempa bumi itu mengeluarkan amaran merah menjangka kemusnahan dan kerosakan bandar itu berdasarkan data gempa bumi sebelum ini.

Gegaran itu berlaku sekitar jam 3.30 pagi waktu tempatan, dan dirasai di hamparan bahagian tengah negara itu termasuk di ibu negaranya, Rome.

Orang ramai yang menghuni rumah di tengah-tengah kawasan sejarah itu pada awalnya merasakan kesan hayunan imbangan yang lama dan diikuti gegaran susulan.

Gempa Italy 6Keseluruhan populasi di kawasan itu mendiami struktur bangunan yang mudah mengalami kesan daripada gempa bumi.

Gempa bumi itu dikesan pada 76 km Selatan Perugia dan dapat dirasai sejauh Rome pada kedalaman 10 km.

 

proxy (7)

 

proxy (6)

 

proxy (4)

 

proxy (3)

 

proxy (2)

proxy (12)

proxy (11)

CqmrAF4XYAAj3a8

EZY