Categories
PBT SELANGOR

Covid-19: Retromania Grand Gathering 2020 tangguh

SHAH ALAM, 14 MAC: Retromania Grand Gathering 2020 (RGG2020) dijadual pada 11 dan 12 April ini di Dataran Morib ditangguhkan susulan kebimbangan penularan jangkitan Covid-19.

Yang dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) Mohamad Zain A Hamid berkata acara himpunan motosikal terbesar diadakan ke suatu tarikh dimaklumkan kelak.

“Kementerian Kesihatan Malaysia pada 12 Mac mengeluarkan kenyataan mengenai semua perhimpunan melibatkan orang ramai ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19.

“Sila patuhi arahan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi mencegah penularan wabak ini,” katanya dalam kenyataan.