Categories
AGENSI SELANGOR

COVID:19: LZS galakkan urusan dilakukan dalam talian

SHAH ALAM, 13 MAC: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengalakkan orang ramai berurusan dengan agensi itu secara dalam talian bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.

LZS dalam kenyataan di Facebook semalam berkata, bagi mereka yang mahu menyemak senarai bantuan atau mencetak penyata zakat boleh melayari https://ezo.zakatselangor.com.my.

Bagi yang ingin menunaikan zakat, mereka boleh melayari https://fpx.zakatselangor.com.my.

Selain itu, LZS turut memantau kesihatan warga kerja dan pelanggan yang berurusan di ibu pejabat dan semua cawangannya pada setiap hari.

“LZS memandang serius dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan kesihatan pelanggan dan warga kerja sentiasa terjaga,” kata kenyataan itu.

LZS juga membataskan program dan interaksi dengan orang ramai selain melakukan proses nyah kuman secara berkala di premisnya.