Categories
EXCO SELANGOR

Petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh terima bantuan makanan, wang tunai

SUNGAI BULOH, 20 MAC: Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada petugas Klinik Kesihatan Sungai Buloh yang bertugas memantau dan menyaring pesakit Covid-19 hari ini.

EXCO Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman berkata kelab kakitangan klinik berkenaan menerima sumbangan makanan, minuman dan wang tunai RM2,500.

“Saya mengadakan lawatan ke klinik ini sebagai sokongan kepada petugas kesihatan yang dikuarantin sepanjang bertugas. Klinik ini dijadikan pusat bagi pesakit terkena wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Pagi tadi, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid-19 kepada pelbagai golongan merangkumi tujuh inisiatif dengan nilai peruntukan RM127.78 juta.

Menerusi inisiatif itu, Kerajaan Negeri meluluskan satu insentif ‘one-off’ sebanyak RM200 kepada 6,000 petugas dikenal pasti di hospital seluruh negeri ini.