Categories
AGENDA NASIONAL

Pusat panggilan Hasil Care Line ditutup mulai 26 Mac – LHDN

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Pusat panggilan Hasil Care Line (HCL) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditutup mulai 26 Mac ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

LHDN dalam satu kenyataan semalam memaklumkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi itu adalah terhad iaitu merangkumi perkhidmatan dalam talian seperti pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan pembayaran cukai melalui platform ezHASiL.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan cukai dan perkhidmatan LHDNM boleh dibuat melalui HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan media sosial rasmi LHDNM di Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM serta Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial.

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

– BERNAMA