Categories
AGENDA NASIONAL

Cawangan Industri Khas LHDN ditutup sementara untuk sanitasi

PUTRAJAYA, 2 JAN: Cawangan Industri Khas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditutup sementara mulai 4 Jan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

LHDN menerusi kenyataan memaklumkan cawangan itu terletak di Tingkat 11-13, Blok 8, Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

Katanya dalam tempoh berkenaan, pelanggan dinasihatkan untuk melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

LHDN cawangan Cheras kembali beroperasi hari ini

KUALA LUMPUR, 22 DIS: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Cheras yang ditutup sementara kembali beroperasi hari ini selepas pejabat cawangan itu selesai menjalani proses sanitasi.

LHDN dalam kenyataan, bagaimanapun memaklumkan waktu perkhidmatan dan operasi di cawangan itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah terhad, dari 8 pagi hingga 1 tengah hari (Isnin-Jumaat) bagi kaunter setempat dan kaunter duti setem.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

LHDN: MyTax kurangkan ketirisan, tingkat hasil kutipan

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Pusat gerbang maklumat dan pusat sehenti bagi pembayar cukai, MyTax yang dilancarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) baru-baru ini mampu mengurangkan ketirisan sekali gus meningkatkan kutipan hasil kepada negara.

Pengarah Jabatan Operasi Cukai Datuk Adenan Che Semail berkata MyTax itu menyediakan capaian perkhidmatan yang selamat serta mesra pengguna, ia membolehkan akses kepada semua produk dibawah LHDN.

“Penggunaan MyTax ini juga akan memudahkan urusan pembayar cukai untuk mengakses maklumat terkini mereka tanpa perlu datang ke pejabat LHDN terutamanya ketika pandemik Covid-19 ini.

“MyTax dicipta dengan mengutamakan perlindungan maklumat pembayar cukai dan penciptaan produk baharu LHDN ini adalah merupakan kebanggaan kami sebagai agensi pemungut cukai bagi kerajaan,” katanya pada program Ruang Bicara bertajuk “Mytax – Gerbang Informasi Percukaian” yang disiarkan di Bernama TV, malam tadi.

MyTax dibangunkan LHDN untuk memudahkan orang awam terutama pembayar cukai bagi mengakses pelbagai maklumat termasuklah transaksi lejar, status bayaran balik dan potongan cukai bulanan.

Pada 19 November lepas, LHDN melancarkan tiga produk percukaian baharu iaitu Buku Pelan Korporat LHDN 2021-2025 yang juga manifestasi pelan dan strategi lima tahun agensi itu serta MyTax.

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Kaunter LHDN UTC Shah Alam ditutup hingga 27 Okt

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Shah Alam, Selangor ditutup bermula hari ini hingga 27 Oktober bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

LHDN dalam kenyataan berkata sepanjang tempoh itu, pembayar cukai disaran untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu, sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

– BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Rayuan BPN dibuka mulai esok sehingga 31 Mei – LHDN

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Pemohon yang gagal menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sebelum ini boleh membuat rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mulai 11 Mei atau 12 Mei (berdasarkan hari bekerja negeri) sehingga 31 Mei 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata Kementerian Kewangan dan LHDN telah bersetuju memberi peluang kepada pemohon untuk membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk dipertimbangkan.

Menurutnya rayuan tersebut boleh dihantar ke e-mel [email protected] atau hadir ke mana-mana pejabat LHDN.

“Untuk makluman, data yang digunakan oleh LHDN dalam memproses setiap permohonan adalah berdasarkan maklumat terkini pangkalan data percukaian selain maklumat pemohon BSH (Bantuan Sara Hidup) sebelum ini.

“LHDN turut melaksanakan semakan silang dengan data agensi-agensi yang dilantik oleh LHDN bagi memastikan bantuan ini sampai kepada golongan sasar.

“Sehubungan itu, data yang ada hanya merangkumi maklumat sehingga tahun 2019. Ekoran itu, kami difahamkan ada data yang belum dikemaskini dan tidak mengambil kira keadaan semasa termasuk krisis Covid-19,” katanya dalam sesi temu bual dengan stesen televisyen RTM.

Sabin berkata antara kategori pemohon yang boleh mengemukakan rayuan kepada LHDN adalah mereka yang telah ditolak kerana gaji melebihi RM4,000 atau RM8,000 serta pemohon yang pendapatannya terjejas atau telah diberhentikan kerja sehingga Mac 2020.

Selain itu, pasangan pemohon yang sudah meninggal dunia, bercerai atau baharu berkahwin dan mereka yang makan gaji juga boleh membuat rayuan BPN.

Beliau turut mengingatkan pemohon yang menghantar rayuan menerusi e-mel untuk mengemukakan dokumen sokongan berserta surat pengesahan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang https:\\bpn.hasil.gov.my.

“Keputusan ke atas rayuan yang dikemukakan oleh pemohon akan dibuat berdasarkan maklumat dan pengesahan yang disertakan oleh pemohon serta semakan silang data yang ada,” katanya.

Pada masa sama, LHDN turut meminta kerjasama orang ramai yang hadir ke premis agensi itu untuk mematuhi penjarakan sosial serta arahan dikeluarkan oleh kerajaan.

-BERNAMA

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kemuka dokumen sokongan hilang kerja dalam rayuan BPN

PUTRAJAYA, 10 MEI: Pemohon boleh membuat rayuan bagi pertimbangan semula Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan mengemukakan dokumen sokongan yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan menerima aduan antara permohonan BPN yang ditolak adalah daripada pemohon yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan yang ketara baru-baru ini.

Beliau berkata rayuan boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDN ([email protected]) atau hadir di mana-mana pejabat LHDN.

Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain termasuk pemohon/pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mereka boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini, katanya.

Sabin berkata tempoh permohonan rayuan bagi BPN dilanjutkan sehingga 31 Mei manakala pejabat LHDN akan dibuka bermula 11 Mei atau 12 Mei berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bagi menerima rayuan tersebut.

“Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut,” katanya.

Sabin menjelaskan antara sebab utama permohonan ditolak adalah kerana pemohon mempunyai pendapatan yang melebihi syarat BPN manakala sebab lain, antaranya, kerana tidak mematuhi syarat tertentu seperti kelayakan umur serta status pelajar sepenuh masa.

“Contohnya, terdapat 240,465 permohonan diterima daripada pelajar sepenuh masa sedangkan mereka tidak layak mendapat BPN kerana telah layak mendapat RM200 menerusi bantuan pelajar institusi pengajian tinggi secara sekali beri,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BPN dengan melayari portal rasmi LHDNM di https://bpn.hasil.gov.my.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Pusat panggilan Hasil Care Line ditutup mulai 26 Mac – LHDN

KUALA LUMPUR, 25 MAC: Pusat panggilan Hasil Care Line (HCL) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan ditutup mulai 26 Mac ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

LHDN dalam satu kenyataan semalam memaklumkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi itu adalah terhad iaitu merangkumi perkhidmatan dalam talian seperti pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan pembayaran cukai melalui platform ezHASiL.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan cukai dan perkhidmatan LHDNM boleh dibuat melalui HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan media sosial rasmi LHDNM di Facebook – https://www.facebook.com/LHDNM serta Twitter – https://twitter.com/LHDNMofficial.

Pembayar cukai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan urusan percukaian dalam tempoh PKP ini dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Sektor terjejas boleh mohon tangguh bayaran cukai

SHAH ALAM: Kerajaan membenarkan penangguhan bayaran dan pindaan anggaran cukai bagi sektor terjejas di bawah pakej rangsangan ekonomi 2020, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pakej rangsangan tersebut bertujuan menangani impak ekonomi kepada pembayar cukai di bawah sektor pelancongan iaitu agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.

“Antara langkah diambil adalah pembayar cukai di bawah sektor pelancongan boleh menangguhkan bayaran anggaran cukai bagi tempoh enam bulan bermula 1 April sehingga 30 September 2020.

“Langkah lain adalah membenarkan pindaan anggaran cukai pada bulan ketiga ansuran jika bulan ketiga ansuran tersebut jatuh 2020 kepada pembayar cukai bagi semua sektor perniagaan terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut LHDN borang tersebut telah dimuat naik ke portal rasmi www.hasil.gov.my.

“Ia perlu dilengkapkan dan dikemuka mulai 1 Mac 2020 ke Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat Pencukaian, Jabatan Operasi Cukai LHDN di Bandar Baru Bangi,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Pengurusan kes LHDN saman anak lelaki Najib 24 Oktober

KUALA LUMPUR, 19 SEPT: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 24 Oktober untuk pengurusan kes saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap Datuk Mohd Nazifuddin yang menuntut anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu membayar cukai pendapatan berjumlah RM37.6 juta.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Normaizan Rahim hari ini, yang turut dihadiri peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee bertindak bagi pihak Mohd Nazifuddin.

“Pengurusan kes pada 24 Oktober ini akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim,” kata Al-Hummidallah.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Mohd Nazifuddin, 36, sebagai defendan.

Mengikut penyataan tuntutan itu, kerajaan Malaysia mendakwa Mohd Nazifuddin masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2011 sehingga 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Dakwa kerajaan Malaysia, oleh kerana Mohd Nazifuddin gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2011 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.

Plaintif berkata defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.

Kerajaan Malaysia mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM37,644,810.73.

Oleh itu, kerajaan Malaysia menuntut daripada defendan jumlah RM37,644,810.73, faedah atas jumlah RM37,644,810.73 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Pada 25 Jun lepas, kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadap Najib menuntutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Selepas Najib dan Mohd Nazifuddin disaman LHDN, anak perempuannya Nooryana Najwa, 31, pula diarah membayar cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

LHDN mohon kes Ku Nan tidak bayar cukai diputuskan melalui penghakiman terus

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memohon supaya kes samannya terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntutnya membayar wang berjumlah RM57.17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak 2012 sehingga 2017, diputuskan melalui peghakiman terus.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof menetapkan 12 Disember untuk mendengar permohonan LHDN selepas pengurusan kes tersebut dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad dan Al-Hummidallah Idrus mewakili LHDN serta Datuk Satharuban Sivasubramaniam bertindak bagi pihak Tengku Adnan.

Berdasarkan maklumat mahkamah, LHDN sebagai plaintif memohon untuk penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Penghakiman terus ialah di mana mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.

Defendan (Tengku Adnan) juga menfailkan permohonan penggantungan prosiding mengikut Aturan 92 Kaedah 4, Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012.

Mahkamah menetapkan 15 November bagi pendengaran permohonan defendan manakala 12 Disember 2019 untuk mendengar permohonan plaintif.

Pada 24 Julai lepas, Kerajaan Malaysia memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui LHDN di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Tengku Adnan yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO sebagai defendan.

Mengikut penyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa Tengku Adnan masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Ia berkata Notis Taksiran itu telah dihantar secara Akuan Terima Berdaftar (A.R) kepada defendan pada 20 Mac lepas ke alamat terakhirnya dan Notis Taksiran itu telah diterima dan ditandatangani pada pada 22 Mac lalu melalui pengembalian semula kad kuning Akuan Terima Berdaftar.

Plaintif mendakwa, oleh kerana Tengku Adnan gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2012 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 harı dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.

Plaintif berkata defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.

Ia mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu plaintif menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

LHDN saman anak perempuan Najib tuntut bayar RM10.3 juta cukai pendapatan

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya, Datuk Mohd Nazifuddin disaman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kini anak perempuannya pula diarah membayar RM10.3 juta cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor, dengan menamakan Nooryana Najwa Mohd Najib, 31, sebagai defendan.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa Nooryana Najwa gagal mengemukakan Borang-Borang Nyata Orang Perseorangan di bawah Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2017 kepada LHDN.

Kerajaan Malaysia berkata, oleh itu satu taksiran di bawah subseksyen 90(3) Akta Cukai termasuk penalti telah dibangkitkan melalui Notis-Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Kerajaan Malaysia mendakwa, oleh kerana Nooryana Najwa gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2011 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 harı dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.

Plaintif berkata, defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.

Kerajaan Malaysia mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM10,335,292.36.

Jumlah itu ialah RM2,807,452.42 (2011), RM30,738.28 (2012), RM6,943,811.07 (2013), RM313,967.02 (2014), RM56,048.65 (2015), RM158,922.46 (2016) dan RM24,352.46 (2017).

Oleh itu kerajaan Malaysia menuntut daripada defendan jumlah RM10,335,292.36, faedah atas jumlah RM10,335,292.36 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes secara ‘e-review’ pada 12 September di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, S S Malini Anne iaitu pihak-pihak yang terlibat mengendalikan kes secara dalam talian tanpa perlu hadir ke mahkamah.

Pada 25 Jun lepas kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadap Najib, 66, menuntutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017 dan pada 24 Julai lepas, Mohd Nazifuddin, 36, juga disaman LHDN memintanya membayar RM37.6 juta cukai pendapatan yang tidak dibayar dari 2011 hingga 2017.

Pada 24 Julai lepas, LHDN juga menfailkan saman terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntutnya membayar wang berjumlah RM57.17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak 2012 sehingga 2017.

Ketiga-tiga kes itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

LHDN saman Ku Nan tuntut bayar cukai pendapatan RM57.17 juta

KUALA LUMPUR, 2 OGOS: Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menfailkan saman terhadap bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menuntutnya membayar wang berjumlah RM57.17 juta terhadap cukai pendapatan yang tidak dibayar sejak 2012 sehingga 2017.

Kerajaan Malaysia selaku plaintif memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu melalui LHDN pada 24 Julai lepas di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Tengku Adnan yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO sebagai defendan.

Mengikut penyataan tuntutan itu, Kerajaan Malaysia mendakwa Tengku Adnan masih terhutang bagi cukai pendapatan untuk tahun taksiran 2012 sehingga tahun taksiran 2017 seperti yang dinyatakan melalui Notis Taksiran bertarikh 15 Mac 2019.

Ia berkata Notis Taksiran itu telah dihantar secara Akuan Terima Berdaftar (A.R) kepada defendan pada 20 Mac lepas ke alamat terakhirnya dan Notis Taksiran itu telah diterima dan ditandatangani pada 22 Mac lalu melalui pengembalian semula kad kuning Akuan Terima Berdaftar.

Kerajaan Malaysia mendakwa, oleh kerana Tengku Adnan gagal membayar jumlah cukai pendapatan dari tahun 2012 sehingga 2017 itu dalam tempoh 30 harı dari tarikh penyampaian Notis Taksiran yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, maka kenaikan cukai 10 peratus telah dikenakan.

Plaintif berkata defendan masih gagal menjelaskan keseluruhan cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang itu dalam tempoh 60 hari yang ditetapkan di bawah Seksyen 103 itu menjadikan kenaikan cukai sebanyak lima peratus lagi dikenakan terhadap defendan.

Kerajaan Malaysia mendakwa sehingga kini defendan masih gagal membayar amaun cukai pendapatan yang masih terhutang termasuk dengan kenaikan yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

Jumlah itu ialah RM64,444.38 (2012); RM6,614,861.59 (2013); RM8,887,576.69 (2014); RM9,198,523.67 (2015); RM5,520,818.05 (2016); dan RM26,880,844.97 (2017).

Oleh itu Kerajaan Malaysia menuntut daripada defendan jumlah RM57,167,069.35, faedah atas jumlah RM57,167,069.35 pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi, kos dan lain-lain relif yang disifatkan sesuai oleh mahkamah.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 8 Ogos di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli.

Tengku Adnan kini menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi, di sini iaitu masing-masing menerima wang RM2 juta dan RM1 juta yang mana satu kesnya pada peringkat perbicaraan manakala satu kes lagi ditetapkan perbicaraan pada 3 September.

Pada 25 Jun lepas Kerajaan Malaysia melalui LHDN menfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntutnya membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 30 Ogos di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nurliana Ismail. – BERNAMA