Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Jom sertai Kempen Zakat Niaga, pembayar bertuah dapat telefon bimbit

SHAH ALAM, 27 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyeru para peniaga menyertai Kempen Zakat Niaga bagi memudahkan mereka membuat pembayaran.

Bagi menggalakkan penyertaan, LZS menawarkan hadiah telefon bimbit Samsung Galaxy A50S dan tablet Huawei Mediapad T3 kepada pembayar bertuah.

Pembayar zakat hanya perlu mengimbas kod QR dan menjawab beberapa soalan mudah bagi merebut hadiah tersebut.

LZS menerusi Facebook berkata, ketika ini terdapat lebih 60,000 keluarga asnaf yang perlu dibantu dan kempen bermula 1 April hingga 31 Mei depan adalah satu cara untuk peniaga membantu golongan berkenaan.

“InsyaAllah rezeki dan perniagaan kita juga akan lebih subur dan berkembang. Inilah peluang kita membantu mereka,” katanya.

Peniaga boleh membuat bayaran melalui tiga cara iaitu pergi ke salah satu daripada 27 cawangan LZS, ejen kutipan LZS atau secara dalam talian di web fpx.zakatselangor.com.my.