Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

MB: 11 kes Covid-19 di Selangor babit individu dikuarantin

SHAH ALAM, 21 APRIL: Sebanyak 11 kes baharu Covid-19 berlaku di negeri ini melibatkan individu yang dikuarantin di Selangor, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan statistik tiada kes baharu direkodkan membabitkan rakyat Selangor.

“Alhamdulillah, dari segi statistik tiada kes direkodkan untuk hari ini bagi Negeri Selangor.

“11 kes pindah adalah kes tiga orang dari Istanbul dan lapan orang dari Surabaya yang dikuarantin di Selangor,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitternya memaklumkan sebanyak 11 kes jumlah pesakit baharu Covid-19 yang dikesan di Selangor setakat jam 12 tengah hari tadi.