Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Selangor catat 74 kes positif Covid-19, jumlah semua 800

SHAH ALAM, 2 APRIL: Bilangan penduduk Selangor yang dijangkiti Covid-19 mencecah 800 kes susulan pertambahan 74 lagi hari ini, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dato’ Menteri besar berkata semua pihak harus berusaha lebih giat untuk mengalahkan wabak ini.

“Duduk di rumah dan patuhi arahan pihak berkuasa. Bersama kita berdoa untuk Malaysia. #SelangorGempurCovid19,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Semalam, Selangor merekodkan 22 kes positif dan kekal dengan tujuh kematian.

Dengan pertambahan 208 kes baharu di seluruh negara, Selangor kekal merekodkan angka tertinggi positif Covid-19 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 50 kematian, 105 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU), 767 discaj daripada wad dengan jumlah keseluruhan kes positif 3,116 kes.