Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Bekalan air di Petaling, Sepang pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 5 MEI: Gangguan bekalan air di Bandar Bukit Puchong 1 hingga 9 di Wilayah Petaling dan Bandar Bukit Puchong 10 hingga 17 di Wilayah Sepang pulih sepenuhnya hari ini, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Elina Baseri berkata kerja pembaikan bagi paip sambungan ke Pangsapuri Baiduri Court juga hampir siap sepenuhnya dan dijangka selesai jam 9 pagi ini.

“Namun penduduk sudah mendapat bekalan air alternatif melalui lori tangki terus ke tangki sedut.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama baik pengguna kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas sepanjang misi bantuan dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pengguna disaran untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk maklumat bekalan air.

Untuk pertanyaan dan bantuan boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang di www.airselangor.com.