Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: 65 lagi pesakit pulih, kes baharu menurun

SHAH ALAM, 9 MEI: Jumlah pesakit Covid-19 yang sembuh hari ini bertambah 65 orang, dengan keseluruhan kes pulih dan dibenarkan keluar hospital ialah 4,929.

Ketua pengarah kesihatan berkata setakat 12 tengah hari tadi, jumlah kes baharu juga menurun kepada 54 kes berbanding semalam.

“Ini menjadikan angka kumulatif pesakit Covid-19 ialah 6,589 kes manakala sebanyak 1,552 kes disahkan aktif,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat pertambahan satu kes kematian hari ini, keseluruhannya 108 orang (1.63 peratus).

“Sebanyak 18 kes masih dirawat di unit rawatan rapi dengan enam daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.