Categories
AGENSI SELANGOR

LZS: 13 cawangan dibuka mudah bayar zakat, agihan

SHAH ALAM, 12 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka tujuh lagi cawangannya bermula hari ini bagi urusan bayaran zakat di negeri ini.

LZS menerusi Facebook semalam berkata penambahan itu menjadikan sebanyak 13 cawangannya akan beroperasi sehingga 23 Mei ini.

Cawangan LZS yang beroperasi adalah:

1. Presint Alami, Shah Alam (Ibu Pejabat).
2. Seksyen 14, Petaling Jaya .
3. Bandar Baru Bangi.
4. Bandar Baru Ampang.
5. Taman Melawati.
6. Masjid Mujahideen, Damansara.
7. Subang Jaya
8. Kompleks MAIS, Klang
9. Kuala Selangor
10. Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya
11. Sungai Besar
12. Banting
13. Kuala Kubu Bharu

Tambah LZS, semua cawangan dibuka dari 9 pagi hingga 3 petang bermula hari ini hingga 22 Mei manakala jam 9 pagi hingga 12 tengah hari pada 23 Mei.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengikut tatacara operasi piawai (SOP) oleh Majlis Keselamatan Negara ketika berurusan di kaunter seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.

“Untuk membuat semakan status bantuan dan cetakan penyata bayaran zakat, layari:
https://ezo.zakatselangor.com.my,” katanya.

Tahun ini, kadar zakat fitrah di Selangor kekal RM7, RM14, RM21 seorang mengikut beras yang dimakan selaras kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri.