Categories
AGENSI SELANGOR

Premis gagal pamer tanda harga dikompaun RM2,000

SHAH ALAM, 9 MEI: Sebuah premis di Kajang dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila gagal menyelenggara tanda harga.

KPDNHEP menerusi Facebook memaklumkanĀ  pemilik premisĀ  itu dikompaun RM2,000 dan diberikan amaran supaya tidak mengulangi kesalahan.

Katanya tindakan itu hasil pemeriksaan dilakukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Semalam, KPDNHEP turut melakukan pemeriksaan di beberapa premis sekitar Puncak Jalil, Semenyih dan Cheras.

Hasil pemeriksaan didapati aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa, peniaga meletakkan tanda harga pada setiap barang yang dijual dengan jelas.

Selain itu, hasil pemeriksaan terhadap barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, sardin dan telur masih mencukupi.

KPDNHEP turut menegaskan peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan selain pengguna juga dinasihat tidak melakukan pembelian panik.