Categories
AGENDA NASIONAL

Anwar: Jangan abai rakyat walau negara berdepan banyak isu

SHAH ALAM, 7 JUN: Wakil rakyat diingatkan tidak lupa tanggungjawab masing-masing walaupun negara berdepan isu politik, rangsangan ekonomi serta pandemik Covid-19.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelonggaran pergerakan ketika ini membolehkan Ahli Dewan Negeri (ADN) dan Ahli Parlimen berjumpa rakyat seperti biasa.

“Saya syorkan wakil rakyat terus jalankan tugas dampingi rakyat,” kata presiden KEADILAN melalui siaran langsung di Facebook.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan, ADN dan Global Peace Mission yang membantu ketika sesi turun padang di Port Dickson hari ini.

Anwar yang juga wakil rakyat di situ melawat enam buah rumah dan menghulurkan 1,000 pek bantuan keperluan asas sumbangan GPM kepada penduduk.