Categories
AGENSI SELANGOR

Jangan alpa walau kes Covid-19 turun

SHAH ALAM, 26 JUN: Sikap alpa dalam mengamalkan norma baharu boleh menggugat momentum positif kes Covid-19 di negeri ini, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor.

Dalam kenyataan ringkas di Twitter, pasukan itu berkata wabak tersebut masih berada dalam komuniti dengan perubahan angka kes yang minimum.

“Sentiasa beringat walaupun situasi kelihatan lebih baik, sebarang kealpaan mengamalkan norma baharu boleh merobohkan momentum positif ini,” tulisnya.

Kes harian Covid-19 di negeri ini kekal dua dengan jumlah keseluruhan 2,036 kes. Sebanyak 37 mukim berada dalam zon hijau, 19 zon kuning dan sifar zon merah.

Selangor pertama kali mencatatkan sifar kes pada 11 Jun lalu.