Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Peniaga perlu terap norma baharu, ikut garis panduan

AMPANG, 19 JUN: Peniaga perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata meskipun banyak aduan diterima, namun cara baharu perlu diterap bagi mencegah penularan Covid-19.

“Ada (peniaga) luahkan masalah tidak boleh berniaga setiap hari, ada yang adu petak kecil. Kita minta mereka bersabar. Inilah norma baharu dan harap peniaga ikut ketetapan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau pasar pagi Taman Muda di sini hari ini.

Bermula Isnin lalu, sebanyak 417 pagi, pasar malam dan bazaria seluruh Selangor dibuka berperingkat di lokasi terpilih dengan kaedah penggiliran mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan.

Peniaga dilarang menggunakan khidmat warga asing, jumlah peniaga termasuk pembantu terhad kepada tiga orang dan lauan keluar masuk akan disusun mengikut kedudukan tapak lokasi.

Pengunjung bawah 13 tahun pula dilarang masuk selain digalakkan membeli dalam masa singkat.