Categories
AGENDA NASIONAL

Sekolah swasta tidak boleh paksa ibu bapa bayar yuran

SHAH ALAM, 4 JUN: Semua sekolah persendirian diingatkan tidak memaksa ibu bapa membayar yuran bulanan ketika ini kerana sesi persekolahan belum bermula.

Menteri kanan (kluster keselamatan) berkata ibu bapa tidak perlu dibebankan lebih-lebih lagi ketika berdepan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB).

“Sekolah tutup sudah tentu guru-guru tidak mengajar. Jadi kos operasi sekolah hampir tiada,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata isu tersebut turut berkait dengan pengendali bas sekolah yang tidak mengutip yuran bulanan kerana khidmat penghantaran pelajar tidak berlaku.