Categories
AGENDA GLOBAL

Covid-19: Indonesia catat 84,882 kes, atasi China

JAKARTA, 20 JULAI: Indonesia kini mengatasi China apabila mencatatkan 1,752 kes baharu Covid-19 semalam dengan jumlah keseluruhan 84,882.

Kementerian Kesihatan memaklumkan laporan terbaharu itu menyaksikan negara itu lebih 1,238 kes berbanding negara Tembok Besar yang merekodkan 83,644 kes, lapor AFP.

Jumlah kematian pula meningkat 4,016 kes selepas 59 korban terbaharu direkodkan.

Berikutan kenaikan mendadak kes itu, Indonesia yang membuka semula ekonominya secara berperingkat sejak Jun lalu kini merancang beberapa larangan aktiviti dan perjalanan di kawasan bandar raya dalam tempoh dua minggu ini.