Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Selangor catat empat kes baharu Covid-19 libat tiga kes import

SHAH ALAM, 17 JULAI: Empat kes baharu Covid-19 dilaporkan di Selangor hari ini membabitkan tiga kes import manakala baki kes penularan tempatan.

“Dua daripada tiga kes itu adalah satu melibatkan pengembara yang pulang dari Kazakhstan, Qatar dan satu lagi di Sepang adalah kes saringan pra-penerbangan pulang ke Indonesia,” menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini 2,098 daripada keseluruhan 8,755 kes seluruh negara dan 13 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Sebanyak 1,886 kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital manakala angka kematian kekal 24 orang.

Tiada perubahan ketara dalam jumlah kes aktif di dua daerah zon kuning iaitu Sepang (12) dan Gombak (satu).