Categories
AGENSI SELANGOR

Tiada kes baharu Covid-19 di Selangor, keseluruhan kekal 2,155

SHAH ALAM, 24 OGOS: Selangor merekodkan sifar kes baharu Covid-19 hari ini, maklum Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Justeru, agensi itu berkata jumlah kumulatif kes di negeri ini kekal 2,155 kes.

“Alhamdulillah, tiada kes direkodkan buat kali ke-17 pada hari ini dan ini adalah kali ke-51 tiada kes tempatan (tidak termasuk kes import) sejak 18 Mac. Tiada kes kematian dan kes keluar hospital dilaporkan,” katanya menerusi Facebook.

Bagaimanapun, STFC memaklumkan prestasi itu bergantung secara langsung dengan tahap kepatuhan warga Selangor mengikuti tatacara operasi piawai (SOP) dan norma baharu.

“Jangan lupa untuk sentiasa merekodkan pengunjung yang masuk ke premis anda dengan SELangkah,” maklum agensi itu.