Categories
AGENSI SELANGOR

Tiga langkah mudah ‘bebaskan’ Selangor dari jangkitan virus

SHAH ALAM, 5 OGOS: Selangor mampu bebas Covid-19 sekiranya rakyat mematuhi tiga arahan mudah yang ditetapkan pihak berkuasa.

Arahan tersebut ialah mematuhi jarak fizikal, mengamal kebersihan dan mengimbas aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) sebelum memasuki premis.

“Jika patuh langkah ini, Selangor mampu bebas Covid-19,” tulis Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor di Twitter malam ini.

Buat kali ke-11 bermula 10 Jun lalu, negeri ini mencatat sifar kes baharu. Keseluruhannya sebanyak 2,130 kes direkodkan dengan 1,904 daripadanya berjaya sembuh.

Sebanyak 15 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini dengan sebahagian besarnya membabitkan penularan dalam negara.