Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: 71 kes baharu direkodkan, 777 aktif

SHAH ALAM, 24 SEPT: Sebanyak 71 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini dengan 69 daripadanya merupakan jangkitan tempatan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 10,576 kes dengan 777 daripadanya merupakan kes aktif.

“Sebanyak 63 kes berlaku di Sabah serta masing-masing dua kes di Kedah dan Selangor manakala dua kes import pula melibatkan bukan warganegara yang pulang dari Singapura dan Indonesia.

“Sementara itu terdapat 64 pesakit pulih direkodkan menjadikan jumlah pulih sebanyak 9,666 kes atau 91.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata enam pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan manakala jumlah kematian kekal 133 kes atau 1.26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.