Categories
AGENSI SELANGOR

Jangkitan Covid-19 di Selangor meningkat kepada sembilan kes

SHAH ALAM, 26 SEPT: Jumlah kes aktif Covid-19 di Selangor meningkat kepada sembilan berbanding dua kes semalam susulan penambahan dua kes baharu hari ini, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Data tersebut menunjukkan empat daerah berstatus zon kuning iaitu Petaling dengan tiga kes, Hulu Langat (dua) dan Petaling serta Sepang masing-masing satu kes.

Dua kes baharu melibatkan seorang warganegara yang pulang dari Sabah dan saringan tahanan penjara melibatkan bukan warganegara.

Jumlah keseluruhan kes di negeri ini kini 2,224 dengan 1,917 daripadanya sembuh manakala 24 kematian.

Malaysia merekodkan 82 kes baharu hari ini dengan 79 daripadanya jangkitan tempatan manakala tiga kes import melibatkan 10 negeri iaitu Sabah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu, Pahang, Melaka, Johor, Sarawak dan Labuan.