Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Covid-19 di Malaysia cecah 10,052 – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 17 SEPT: Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 10,052 susulan pertambahan 21 kes baharu hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu itu, 16 mendapat jangkitan dalam negara dan lima kes import.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan wabak meningkat kepada 674 sementara 15 kes pulih menjadikan jumlah semuanya 9,250 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, 13 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kematian dilaporkan hari ini, jumlah kes kematian kekal 128 kes iaitu 1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.