Categories
AGENDA NASIONAL

Dr Noor Hisham jalani kuarantin, sidang media Covid-19 dari rumah

SHAH ALAM 6 OKT: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan turut menjalani kuarantin kendiri di kediamannya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya beliau turut dijangkiti Covid-19.

Astro Awani melaporkan perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada media, susulan ketua pengarah KKM itu antara yang hadir dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lepas.

Pegawai tersebut memaklumkan sepanjang tempoh kuarantin 14 hari bermula 3 Oktober lalu, Dr Noor Hisham mengadakan sidang media berjadual secara langsung dari kediamannya tanpa kehadiran wakil media.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilaporkan sah positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Susulan keputusan itu, kesemua individu yang hadir dalam mesyuarat berkenaan termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut peraturan KKM menjalani kuarantin wajib.

Sidang media hari iniĀ boleh diikuti diĀ https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia.