Categories
AGENSI SELANGOR

Bomba selamat OKU terperangkap dalam banjir di Ijok

SHAH ALAM, 21 NOV: Seorang orang kelainan upaya (OKU) yang terperangkap dalam banjir selepas rumahnya dinaiki air di Kampung Batu 7, Ijok berjaya diselamatkan malam tadi.

Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata Khairul Izam, 40, cacat di bahagian kaki menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

“Keadaan fizikal menyukarkan mangsa menyelamatkan diri sendiri. Ketika diselamatkan kira-kira jam 8 malam, halaman rumah dinaiki air separas lutut.

“Mangsa yang tinggal bersama ibunya dibawa keluar menggunakan pengusung sebelum dihantar ke rumah adiknya. Mangsa selamat,” kata Hafisham Mohd Noor dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi menyelamat membabitkan enam anggota dengan mengambil masa 25 minit.