Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Covid-19: Kes harian di Selangor menurun, catat 148 kes baharu

SHAH ALAM, 8 NOV: Kes harian Covid-19 di Selangor menurun berbanding semalam selepas 148 kes dilaporkan hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 45 kes dari kluster sedia ada dan satu kes dari kluster baharu serta 12 kes import.

“44 kes saringan kontak rapat manakala 46 lagi dari lain-lain saringan. Terdapat juga satu Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Sari).

“Setakat 12 tengah hari tadi, 852 kes baharu dilaporkan menjadikan bilangan positif Covid-19 dalam negara sebanyak 40,209 dengan 11,689 kes aktif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, 825 kes disahkan sembuh dan jumlah pulih sepenuhnya adalah 28,234 iaitu 70.2 peratus dari keseluruhan kes.

“Empat kematian direkodkan hari ini babitkan Kedah, Perak dan Sabah menjadikan keseluruhan 286 kes.

“Sehingga kini, 94 kes positif dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 32 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.