Categories
AGENDA NASIONAL

Ketidaktentuan politik, Covid-19 tidak jejas ikhtiar KEADILAN bela rakyat

SHAH ALAM, 16 DIS: Pemimpin Pakatan Harapan (PAKATAN) dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diminta terus membela rakyat meskipun keadaan politik tidak menentu ketika ini selain kesan penularan Covid-19.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor mengingatkan barisan pemimpin supaya tidak mengabaikan matlamat perjuangan dan tidak mengeluh ketika berdepan situasi ini.

“Pertingkatkan usaha demi agenda reformasi. Terus kekal bersemangat, kemaskan tekad serta istiqamah menyusun kekuatan menghadapi persaingan politik di arena demokrasi negara,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Dato’ Menteri Besar Selangor juga mengingatkan supaya iltizam ketua pembangkang yang juga presiden KEADILAN dijadikan teladan untuk terus menggembleng usaha dan buah fikiran bagi menguatkan pro-demokrasi merangkumi parti politik dan masyarakat.

“Kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mampu menerajui kekuatan demokratik ini bagi mencapai kejayaan agenda reformasi,” katanya.