Categories
AGENSI SELANGOR

Kluster baharu di Selangor dikesan beberapa daerah

SHAH ALAM, 14 DIS: Satu lagi kluster baharu dikesan di Selangor membabitkan 15 kes positif Covid-19.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Solar Ria itu merekodkan jangkitan di Sepang, Kuala Selangor, Petaling dan Hulu Langat.

“Kes ke-73,366 merupakan kes indeks yang dilaporkan positif pada 7 Disember lalu ketika saringan sebelum pulang ke negara asal.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 2,339 individu sudah disaring, 25 individu termasuk 16 warga asing disahkan positif,” katanya dalam sidang media hari ini.